BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 6 December 2012

Pengkelasan Makanan


Makanan seimbang terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan yang memberi tenaga, menjauhi dari penyakit dan membina sel-sel dan tisu tubuh.

A. Makanan yang memberi tenaga
Di Malaysia tenaga 50-60% penduduk didapati daripada nasi. Namun begitu makanan lain yang menghasilkan tenaga termasuk semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain. Makanan lain yang menghasilkan tenaga adalah makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu.

B. Makanan membina badan 
Protein ialah makanan membina badan. Protein membina sel-sel atau jeringan tisu dalam badan kita. Punca protein adalah daripada ikan, ketam, kepah, sotong, ayam, itik, dan lembu. Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang termasuk pembentukan otot. Kekurangan protein juga mempengaruhi pembentukan darah dan ini menyebabkan badan menjadi lesu.

C. Makanan menjauhi penyakit
Makanan jenis ini merupakan makanan yang membekalkan tubuh dengan bahan-bahan yang mengekalkan semua perjalanan organ di dalamnya. Ia mencegah tubuh daripada menghidap penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan.

Makanan Seimbang


Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga. makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat. Makanan seimbang seharusnya memberi :

i. Tenaga makanan yang mencukupi
ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
iii. Kandungan fiber yang mencukupi
iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.

Thursday 29 November 2012

Upin & Ipin - Diri Bersih Badan Sihat

PEMILIHAN MAKANAN SIHAT

Pemakanan Sihat

Thursday 18 October 2012

Makanan Seimbang










MAKANAN SEIMBANG
Makanan seimbang merupakan makanan yang mengandungi karbohidrat, lipid, protein, vitamin, garam mineral, air dan serabut/gentian yang mencukupi untuk memenuhi keperluan badan.
KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG
Menyediakan makanan yang seimbang adalah penting bagi kanak-kanak yang sedang membesar.
• Dapat memberi tenaga yang diperlukan oleh setiap kanak-kanak dalam aktiviti belajar sambil bermain
• Dapat membantu ketahanan badan bagi mengelakkan daripada jangkitan penyakit serta sembuh daripada luka ataupun penyakit
• Ia penting bagi pembinaan badan dan juga pembesaran yang baik
• Otak dapat berkembang dengan sihat dan cerdas

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini 18 Oktober hari pertama saya membuat catatan di blog saya ini.Tiada perkara istimewa yang ingin saya kongsikan di sini cuma sebagai salam perkenalan yang ingin saya ucapkan.Saya akan update blog ini dari semasa ke semasa.Tajuk blog ini bertepatan dengan diri saya yang mengajar mata pelajaran Sains di sekolah saya.Banyak perkara baru yang saya pelajari..dari tak tahu menjadi tahu..dengan adanya pertambahan pengetahuan dalam bidang sains ini saya harap dapat saya kongsikan bersama-sama rakan dan anak murid.Saya harap kawan-kawan sudi memberi komen dan bertukat pendapat.

Terima kasih...

~asfa~2012